Segmen Beli-belah Menyumbang Kepada Pertumbuhan Industri Pelancongan Negara

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 21 July 2022
Read News

KUALA LUMPUR:

WCT Malls Management Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan hartanah di bawah WCT Holdings Berhad (“WCT”), telah menjalin kerjasama tiga pihak bersama Tourism Malaysia dan Visa, peneraju dunia dalam pembayaran digital, untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, terutamanya di kalangan pelancong, di kala negara kita beralih ke fasa endemik.

Melalui perjanjian yang bertujuan untuk meningkatkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara berikutan wabak pandemik selama dua tahun ini, ketiga-tiga organisasi tersebut telah melancarkan beberapa siri kempen bertemakan #SHOPPINGEXTRAVAGANZA! Kempen tersebut juga akan dilancarkan di seluruh WCT Malls iaitu Paradigm Mall PJ, Paradigm Mall JB, gateway@klia2, and SkyPark Terminal bagi memberi peluang kepada pembeli untuk menikmati ganjaran yang menarik.

Memandangkan negara sedang beralih ke arah normaliti setelah pandemik, masyarakat kini menantikan lebih banyak aktiviti menarik dan mengujakan. Disebabkan itu, ianya penting bagi perniagaan runcit untuk mengadakan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang mampu menarik para pengunjung sambil menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata “Kami amat berbesar hati untuk meraikan jalinan kerjasama dengan Visa, dengan menerokai kerjasama dengan WCT Malls. Dengan tawaran dan promosi menarik daripada WCT Malls dan Visa, kami berharap agar kempen ini mampu untuk merangsang perbelanjaan pelancong terutamanya dalam segmen beli-belah sejurus menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan negara yang menarik.”

“Selain terkenal dengan keunikan alam dan keramahan rakyat Malaysia, negara kita juga turut terkenal sebagai destinasi nilai untuk wang serta juga syurga membeli belah. Saya percaya bahawa kempen ini dapat menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih mengujakan buat para pelancong antarabangsa dan domestik kami, terutamanya yang datang dari negara-negara jiran serta rantau ASEAN, yang kekal menjadi penyumbang terbesar kepada kedatangan pelancong antarabangsa ke Malaysia walaupun semasa pandemik,” ujar beliau.

Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan WCT Malls berkata, “Setelah dua tahun pandemik, keluarga dan rakan-rakan akhirnya dapat meraikan detik-detik bahagia kehidupan mereka secara bersemuka. Kami komited untuk menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami dalam meraikan saat yang ditunggu-tunggu ini memandangkan kini keadaan sudah kembali pulih. Justeru itu, ia sentiasa menjadi keutamaan kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada para pelanggan selain menawarkan ganjaran menarik kepada mereka setelah sekian lama.”

“Tambahan pula, WCT Malls juga yakin bahawa perkongsian tiga pihak dengan Visa dan Tourism Malaysia akan membantu meningkatkan lagi kedudukan pusat membeli-belah kami serta menggalakkan perbelanjaan di kalangan pembeli kami dan pengembara antarabangsa. Kami percaya bahawa kerjasama ini akan menjadi satu usaha yang berbaloi dalam meraikan detik ini. Pada masa akan datang, para pelanggan boleh menjangkakan lebih banyak kempen dan acara yang menarik daripada WCT Malls.”

WCT Malls amat teruja untuk mengumumkan siri kempen mereka yang bakal berlangsung pada separuh kedua 2022. Antara tawaran menarik pusat beli-belah tersebut ialah acara Gundam dan festival pertengahan musim luruh di Paradigm Mall PJ, Ekspo Haiwan Peliharaan dan AnimeFest yang akan berlangsung di Paradigm Mall JB, Jom, Kartun Together-gether dan Glamping in the Airport di gateway@klia2 dan banyak lagi.

Bagi memulakan perkongsian tiga pihak antara ketiga-tiga organisasi ini, sebuah kempen ‘Belanja & Tebus’ akan diadakan di mana sebanyak 6,300 beg tote denim akan diedarkan kepada para pembeli di semua WCT Malls mulai 15 Julai. Antara usaha untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya, WCT Malls menawarkan 2x mata WCT Buddy kepada mereka yang telah berbelanja sebanyak RM200 dan ke atas menggunakan kad VISA Maybank sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Di samping itu, bagi menambahkan lagi keseronokan, WCT Malls dan Visa juga akan memperkenalkan Jualan Bonanza Baucar, di mana pembeli dapat menikmati penjimatan hebat sebanyak 20% apabila mereka membeli E-Baucar WCT menggunakan kad Visa yang sah. Baucar beli-belah bernilai RM500,000 menanti para pembeli untuk ditebus melalui Easystore. Setiap pembeli boleh membeli baucar bernilai RM2,000 secara keseluruhan, meliputi dua sub kategori, iaitu Kategori A bagi peralatan rumah dan gajet IT, dan Kategori B bagi produk dan perkhidmatan berkaitan runcit dan fesyen. Baucar ini boleh digunakan di semua WCT Mall, iaitu Paradigm Mall PJ, Paradigm Mall JB, gateway@klia2 dan Subang Skypark.

Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia berkata, “Kerjasama tiga pihak dengan Tourism Malaysia dan WCT Malls ini adalah amat tepat pada waktunya, terutamanya apabila perjalanan telah dibenarkan semula, di mana kami amat teruja untuk menyambut kedatangan lebih ramai pelancong ke Malaysia. Melalui perkongsian strategik ini, kami memanfaatkan program Peniaga Pilihan Visa dengan menawarkan tawaran eksklusif untuk penginapan, tiket penerbangan, makan, membeli-belah dan kesihatan perubatan kepada para pemegang kad akses. 

Faedah-faedah ini akan membantu mengoptimumkan pengalaman membeli-belah pengembara di Malaysia, meningkatkan pelancongan domestik dan antarabangsa serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia.”
“Berdasarkan data Visa, koridor perbelanjaan utama Malaysia adalah Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Thailand, Indonesia dan Australia. Tinjauan kami turut menunjukkan bahawa 76 peratus responden menekankan tentang peluang menikmati makananan dan budaya tempatan sebagai motivasi utama mereka untuk mengembara, dan ini termasuk membeli-belah.”

Tambah Ng lagi, Visa akan terus memanfaatkan keupayaan analisis datanya untuk memperoleh pandangan para pengembara yang mampu meningkatkan pengalaman pengembara.

Baru-baru ini, apabila sempadan Malaysia mula dibuka semula pada 1 April selepas dua tahun sekatan akibat COVID-19, Visa telah menjalin hubungan jangka panjang dengan Tourism Malaysia bagi menyokong Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dalam menggalakkan perjalanan masuk serta mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan.

WCT Malls kini bersedia untuk mengalu-alukan kembali kedatangan para pelawat dan pelancong untuk menikmati pengalaman percutian yang menyeronokkan. Pada masa akan datang, WCT Malls akan terus meneroka peluang untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti kerajaan, organisasi dan pemain industri lain melalui pelbagai acara, kempen dan inisiatif menarik lain yang mampu meningkatkan lagi industri pelancongan negara.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.